DAY -6

 Holla Fellas👋


Hari nie mood macam ke lautan pasifik sikit, jadi penceritaan agak sedikit mudah dan ini adalah kenangan gabungan program kolaborasi antara Blok A3 dan Blok B2 iaitu program blok perempuan dan lelaki ye... Yang menariknya program nie adalah program berjalan2... Hahahhaha😂 Gurau je, bukan program jalan2 tapi program nie luar dari UMS kawasan nya...

Ini Program Komuniti Luar Bandar SMK Kemburongoh, Ranau... Masa nie saya bertugas di bawah unit makanan... Tapi tulah tak mencabar sangat sebab makanan order kat sekolah je... Mudah😜


Ramaikan... Jangan dicari mana sis, boleh rabak matanya👀 maklum la awal2 dulu main snap je gambar, tak fikir lighting apa semua😅Lepas belajar Komunikasi Foto barulah berakal sikit nak pastikan white balance, composition apa semua tu😆

 

Antara cabaran nak ke sekolah tu kena berjalan dalam beberapa km sebab laluan dia bas tak dapat nak lalu... Berkawad la berjemaah💂💂Sado kami2 nie bila dah sampai destinasi sekolah tu... Sebenarnya nie gambar perjalanan balik sebab sampai tu dah malam jadi gambar memang semua tak nampak apa...

Walaupun agak susah kan nak sampai... Tapi tengoklah permandangan dia cantik sangat... Dari asrama sekolah tu dapat tengok Gunung Kinabalu💙


Ini antara group yang konon nye bawah jagaan saya dan Widra🙋Jangan tanya Widra mana sebab saya pun tak tahu😆 Masa nie aktiviti yang perlu dilakukan adalah hasilkan sesuatu secara kreatif gunakan barang2 disekeliling... Jadi, inilah hasil robot diorang👾


Seronoknya bila berprogram luar nie kena pandai2 la buat tentatif yang boleh bagi hiburan sikit... Macam nie lah, dapat pergi Kundasang Memorial Park😃 Banyak je gambar tapi tulah semua macam tak berapa nak senonoh untuk ditayang jadi ini jela mampu bagi tengok...



Program kedua adalah Gotong-royong di Kampung Kindu, Tuaran...Ini saya upgrade sikit jadi setiausaha la pula😎


  

Lelaki jela yang bergotong royong tu sebenarnya... Kerja di tempat panas nie perempuan tak sesuai😆Ada satu gambar yang boleh dijadikan sebagai hiasan tapi sekadar gambar yeee...kejap👇

Ni haaa... Yang tau je tau...Cerita hanya sekadar program ye, yang lain simpan tepi😝



          

Perempuan duduk kat dapur je, kita masak2... Jadi diorang penat2 bergotong royong, tinggal makan je....Senang kan😉


Balik tu ikut kebijaksanaan pelaksana program tu dapat la hasil jalan2 tepi pantai Syahbandar😆Bawah nie saya share gambar je, malas nak bagi keterangan gambar😝




Gambar nie perlu penerangan sebab si Aimin nie penyebab kuda kat belakang tu meradang😂Punya lah bising dia nak buat laporan sampai kuda pun mengamuk malas nak layan dia😅Berdekat dengan pantai tu macam ada tempat ala2 koboi nie...Sabandar Ride...boleh la kalau ke Tuaran singgah2 sini😄


Oke dah lah...Saje nak bagitau, sebab buat penulisan nie la saya tak ambilkan order untuk makan isolasi nie... Maaf ye semua saya terlambat😔Saya habiskan la cerita hari nie kat sini...


Beso💋










Comments

Popular posts from this blog

DAY -8

DAY-1

DAY -5