DAY -8

 Holla👋


Maaf ye hari nie agak lewat sikit penulisan nie bermula sebab petang tadi main game dulu😅Sebab dah malam baru mula menulis nie jadi cerita agak ringkas dan padat... Untuk pengetahuan awal cerita hari nie tentang kerja lapangan untuk Komunikasi Foto😊Kenapa saya pilih cerita nie sebab masa scroll2 gambar rasa macam rindu je nak ke sana semula...

Oke nie la kumpulan kami yang mendaki Buddu Peak di Gangar Kimbambangan Trail, Penampang...Sebenarnya nie separuh daripada kelas nie sebab selebihnya tu mendaki di Maragang... Jadi acah2 terpisah...
Ini gambar sebelum bertolak ke destinasi semua nampak gembira kan... Tapi ada kisahnya, pakcik marah2 sikit sebab kena menunggu pensyarah pengiring lambat sangat... Kitorg pun ingat pensyarah gerak sendiri tapi rupanya sekali together2 naik bas😆


Sampai2 je mana boleh tahan tengok sungai semua nye... Memang puteri2 semua memilih untuk mandi la😂Tak sangka memang semua jenis masuk air... Senang buat berbincang la diorang nie😊
Ambil peluang cepat bergambar dengan Dr Huda dan Dr Intan...Muda2 kan pensyarah saya...Tula orang bersemangat nak belajar dalam kelas nie😅Dr Huda tulah pensyarah untuk subjek komunikasi foto dan Dr Intan tu pensyarah radio... Jadi kami buat 2 kerja dalam satu masa... Untuk komunikasi foto cuma ambil gambar ikut ISO, apeture, shutter speed dan detail yang ditetapkan...kalau radio buat cross-over dan lintas langsung di tempat kejadian...Menarik kan😉






Memang bahagia la kami2 nie mandi manda💦Tengok betapa kurusnya sis, diorang boleh angkat begitu sahaja ye...Macam sis ada sakti terapung atas air💫Tapi perempuan masih okeoke lagi kalau nak banding dengan team lelaki mandi nie, tak dapat nak tunjuk gambar nye sebab terlalu extreme😅

Rajin2 jejaka masscom nie sebab lepas mandi2 terus siap2 kan segala barang untuk BBQ malam nye👍



Antara gambar semasa makan malam dan ber BBQ...Menariknya masa nie sebab semua bagi kerjasama untuk memeriahkan malam tu dengan ada beberapa game yang diorang rancang👭👬
Mula la perjalanan kami keesokan hari... Kami melintasi 9 anak sungai dan dapat jumpa dua air terjun😓

Nie bila dah sampai puncak memang semua puas hati lah...Pendakian yang bermakna😊
Bila sampai atas semua lepak la apa lagi kan😅Untuk pengetahuan, perempuan yang berdiri tu nama dia Fitri...Salute la dengan dia sebab dia ada masalah kaki sebenarnya dan dia dapat habiskan ekspedisi nie dengan cemerlang✌
 
Nak tengok ke hasil karya saya menggambar tu? Tengok jela, komen kalau membangun takpe...komen mengecam baik ajar saya macam mana nak dapatkan shot terbaik😉

Dua je la cukup... Selebihnya ada ramai lagi buat lagi cantik boleh tengok di Instagram "Kacamatamaya"👀


Oke lah sebagai pengakhiran cerita nie saya tunjuk la masa saya berehat di sungai terakhir...Kat sini semua mandi dan makan2 sebab diorang bawa maggi tau😋

Sesiapa yang berminat untuk hiking tu boleh lah try trail nie sebab memang tak rugi... Kepuasan dia memang A class laaa👍


Adios Amigo~






Comments

  1. Harap terus menulis walaupun dah habis tempoh isolasi...

    ReplyDelete
  2. Harap terus menulis walaupun dah habis tempoh isolasi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DAY-1

DAY -5