Memori Praktikum

 Nampaknya dah tiba masanya kita menceritakan tentang pengalaman praktikum di SK Kulai. Siapa sangka yang dulunya sekolah rendah kita belajar dapat juga merasa mengajar di situ. Seronok dapat jumap semula guru-guru yang pernah mengajar kita dulu. Ayat yang digunakan semestinya "cikgu dari saya kecil sampai ke besar kena ajar saya".😇 Guru-guru veteran ni banyak pengalaman dan ilmunya. Bergambar hari pertama selepas balik sekolah sebab hari pertama teruja masuk semula ke sekolah lama.


Sepanjang 3 bulan ni dapat pengalaman 'join' program-program sekolah. Program paling hardcore latih bahas. Tengoklah sampai pinjam kelas prasekolah untuk latih budak bahas ni.


Budak zaman sekarang memang pantang jumpa telefon cikgunya. Habis segala gambar ada untuk kenangan. Kenangan paling berharga sebab bahas ni sampai peringkat negeri juga perginya. 


Guru pembimbing sebenarnya tu Cikgu Ika... Baik cikgu nya melayan kerenah budak-budak ni. Sampai suku akhir pun dah cukup baik kan.



Ni lawan sekolah hebat tau... Jangan main-main, kita pun terpesona dengar mereka berbahas. Kecil-kecil cili api...


Selain daripada bahas ada juga tolong-tolong bersama guru-guru hebat Sambut Merdeka di sekolah. Beruntung prkatikum masa musim-musim banyak program boleh disambut ni. Tengok la Guru Panitia Sejarah beri ucapan pembukaan.

Sebenarnya kalau nampak plastik tu sebenarnya untuk gimik yang macam patung lambai-lambai kat Petron tu...Cuma ini versi bajet... kita guna kipas, batu bata dan plastik je...Kalau nak guna blower betul mana nak cari dana yedok. Nak tunjuk video lambai-lambai takut berat sangat orang nak download. Gambarkan aje la




Terakhir tapi sebenarnya ada lagi yang latih budak sukan la apa la tu semua tak tertulis sebab kalau tulis ni mau 3 minggu baru orang dapat habis baca... Jadi bagi yang sikit-sikit jela. Ni kita tunjuk masa majlis Maulud sekolah. Budak-budak 5Nilam ni kita tahfiz kan dan memang cikgu lain cakap macam budak sekolah pondok.👳

Jangan cari saya sebab saya dan guru pembimbing pun memang sama dengan budak haaa besarnya...Cuma kalau gigih sangat boleh ke tengok yg berdiri dua hujung tula kami😂

   


Terharu masa hari akhir dapat banyak hadiah sampai penuh satu bonet...lepas tu murid 5 Nilam bagi bluberry cheese tart sedap sangat. 

Paling tak sangka cikgu-cikgu ni siap buatkan majlis perpisahan walaupun sekalikan dengan majlis hari jadi tapi tetap ada juga kan...Tengok la guru pembimbing kita tetap nampak muda...memang tak dimakan usia...itu la juga rupa dia 15 tahun lepas.


Nanti pengalaman kerja lain pun kita cerita sini biar orang tahu keseronokkan setiap bidang kerja... Baiiii XOXO..



Comments

Popular posts from this blog

DAY -8

DAY -2