DAY -2

 Hai Assalamualaikum,

Memandangkan hari nie kira post yang kedua, jadi penulisan nie lebih kepada tahun pertama bergelar pelajar UMS😊 Mula daftar untuk degree tu September 2017. Sebab masuk universiti nie sejujurnya keluarga la... 

Minat untuk belajar tu dah takde sebab ingat nak sambung kemahiran😓 Tapi apakan daya, kalau dari keluarga berpendidikan maka, pendidikan lah yang dipandang...Kalau cerita tentang kemahiran mesti orang tanya kan nak buat apa?😅 Jangan tak percaya saya nie pandai tu tak la...tapi boleh la belajar menjahit👉👈Kenapa tak percaya ke?😝 Boleh la ada beberapa hasilnya tapi tunjuk satu gambar jela😁


Haaa... baju yang saya pakai tu lah hasil buatan saya sendiri... Btw, lelaki tu bukan sesiapa ye dalam hidup saya😅saya cari gambar saya berbaju ni dengan orang lain macam susah pulek😏masa ni saya jadi wartawan dan perlu interview pelajar cemerlang, jadi boleh lah tengok di skrol dia KELAS SATU☝

Tahun satu saya bermula dengan perkenalan saya dengan Ain...Dia baik, budak Selangor cuma tak dapat nak stay dengan dia sangat sebab dia budak Makanan Pemakanan FSMP dan saya budak komunikasi yang dulunya FKSW sekarang FSSK...Ayah Ain tu baik sangat sebab masa hari pendaftaran tengah panas terik tu ayah dia lanje air kotak😋
Ini Ain tu...tapi maaf la gambar yang elok sikit memang takde sebab fon masa tahun satu rosak teruk dan semua gambar jadi rosak😔


Selain berkawan dengan Ain ni, saya pun saje2 jadi budak rajin untuk join pengurusan kolej...Tapi bukan pengurusan tertinggi lah sebab kita nie biashe2 jerrr... Kita nie AJK Blok je...Ada beberapa kawan AJK yang sepanjang 3 tahun bersama...Cewahhh, bersama lah konon nye... Nina, Mai, Finaz, dengan Ira-Fifth Harmony nie, tapi suara semua kelautan hindi😂😂

Tengok tu semua perangai ye dan ini dalam bilik Rehat A3- Ibnu Haitham...Pepandai la teka mana satu nama2 berikut😅


Untuk roommate tahun satu memang paling rare laaa...Kami nie baru je minggu orientasi dah kena tangkap bawa rice cooker ye...Berani betul😂😆Haaa, sis lanje geng2 pejuang yang berani nie...Mai, Sheron dan Shu Fen...Shu Fen masih struggle untuk tahun akhir manakala, kami bertiga sama2 struggle master😄
Ini gambar hari akhir kami dapat berkumpul sama2 masa tahun satu...ada lagi satu gambar yang agak mengejutkan...

Tadaaa😝tengok lah kami nie memang tidur berjemaah je kat lantai masa tahun satu dan malam nie semua kepenatan celebrate birthday Mai💥


Masa tahun satu ni jangan risau sangat kawan kita macam mana, bukan nak kata tak kekal tapi kan diorang berbeza kos dengan saya dan jadual kuliah kami tak sama😔jadi, kawan yang rapat tu takla tapi masih berhubung tau sampai sekarang😇 Sebagai penutup hari nie yang agak panjang ceritanya boleh la sis payung satu gambar tercantik view nye di UMS nie. 


Sesiapa yang datang UMS boleh la singgah ODEC sebab memang cantik la untuk foto2...Gittchew😜

Happy reading amigo...Adios👋





Comments

  1. Picture kat ODEC tu cantik gila! Rindu time kat uni/UMS/KKE 🥺 Thanks for bringing back my memories... 😻🌛

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ODEC one of the best place kat UMS...nanti ada lagi beberapa tempat saya akan kongsi🤭😊

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Memori Praktikum

DAY -8